Top Blogs

Sunday, June 30, 2013

Home » » Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu
.Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.
"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.
"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation,
Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
 
Siti Nurhaliza dan Kumpulan Rabbani
"Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...