Top Blogs

Sunday, June 30, 2013

Home » » Lebam di mata Balasan tegur

Lebam di mata Balasan tegur

MUAR – Seorang pengawal keselamatan Majlis Perbandaran Muar (MPM) lebam di mata kanan akibat
ditumbuk selepas menghalang seorang lelaki yang menceroboh Menara Jam, Laman Maharani
 pukul 12.30 tengah hari apabila Sundra Kalian, 56, memarahi suspek yang mahu menceroboh menara jam berkenaan.
Suspek yang berusia 31 tahun sebelum itu dikatakan naik ke tingkat atas menara tersebut yang menempatkan pejabat kendalian MPM dipercayai untuk mencuri.
Tindakannya disedari oleh mangsa lalu menegurnya.
Suspek yang juga seorang penganggur menjadi berang dan menumbuk muka mangsa.
Dia kemudian mengeluarkan sebilah pisau tetapi tidak sempat menikam mangsa selepas kejadian itu disedari oleh orang awam.
Sundra yang cedera dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)untuk rawatan lanjut.
Anak Sundra, Ricky, 22, memberitahu, dia yang berniaga di sebuah kedai makan berhampiran bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa bapanya.
“Sebaik sampai (lokasi kejadian), pemuda itu cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas dan diserahkan kepada polis,

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...