Top Blogs

Sunday, May 26, 2013

Home » » Faezah Elai Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu

Faezah Elai Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu


Pelakon Faezah Elai mengakui selepas bergelar ibu pada Februari lalu, dia lebih memilih
watak yang ditawarkan.
Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak-watak antagonis dan jahat bagi menjaga status sebagai seorang ibu dan menjaga perasaan anak-anaknya.
"Kalau boleh saya tidak mahu watak-watak yang jahat, sebarang tawaran yang datang saya akan rujuk dulu kepada suami dan minta pandangan dia.
"Saya tidak mahula nanti anak-anak saya akan bertanya tentang watak itu, sekarang anak-anak tiri saya turut tinggal bersama kami," katanya.
Tambahnya, selain watak, Faezah turut mengambil berat soal waktu penggambaran yang akan dilakukan tidak terlalu lewat.
"Saya beritahu pengarah awal-awal bahawa saya perlu pulang sebelum pukul 11 malam.
"Sekarang bukan macam dulu, banyak tanggungjawab dirumah untuk tengok keperluan anak-anak,, hidupnya lebih bahagia selepas kelahiran Dealova, biarpun agak kelam-kabut dalam membahagikan masa dan urusan kerjaya.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...