MEMEY bersama Norman di sebuah restoran
“Alhamdulillah, penampilan saya yang kini bertudung dibuat seikhlas
hati bukan paksaan mana-mana pihak
ataupun dipengaruhi Abby untuk
menyertai parti politik.
“Saya berhijrah untuk menutup aurat sekarang atas kerelaan dan
keikhlasan hati. Pun begitu, saya memang tidak sangka secepat ini
diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah.
“Tak dinafikan, abang Norman pun pernah minta saya memakai tudung
sebagai hadiah sempena hari jadinya pada Januari lalu. Namun ketika itu
saya masih belum bersedia.“Bagaimanapun abang cukup memahami dan dia juga tidak pernah memaksa saya.
.Jadi saya sangat bersyukur kerana akhirnya diberi peluang oleh Allah
untuk berubah ke arah kebaikan dengan menutup aurat,” kata pelakon,
Memey Suhaiza, 24.
Kata-kata isteri kepada Norman Hakim itu sekali gus menolak dakwaan
beberapa pihak yang menuduh perubahannya yang bertudung sejak minggu
lalu mengikuti jejak langkah pelakon, Abby Abadi, 34 untuk menyertai
PAS.
No comments:
Post a Comment