Top Blogs

Friday, April 26, 2013

Home » » Jururawat tak guna bantu datuk jual cucu

Jururawat tak guna bantu datuk jual cucu

Chandigarh (India): Seorang bayi berusia tiga hari dijual datuknya sendiri pada harga RM44,770 melalui laman sesawang Facebook
.Kejadian itu berlaku selepas lelaki terbabit berbohong kepada anak perempuannya kononnya bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan. Polis Punjab berkata, lelaki itu hanya dikenali sebagai Firoz ditawarkan wang bernilai Rs45,000 (RM2,518) oleh seorang jururawat hospital dan temannya yang terbabit dalam sindiket penjualan bayi.

Selepas Firoz mencuri bayi berkenaan, dia menjualnya kepada jururawat terbabit sebelum ia dijual pula kepada seorang ahli perniagaan New Delhi dengan harga Rs800,000 (RM44,770) melalui perjanjian yang dilakukan melalui Facebook. Media tempatan melaporkan, ibu bayi itu hanya dikenali sebagai Noora bersalin di sebuah hospital di Ludhiana pada 8 April lalu dan dibenarkan pulang sehari kemudian.
Namun, pada 10 April, seorang jururawat bernama Sunita dan rakannya, Gurpreet Singh mengambil semula bayi lelaki itu kononnya kerana tidak sihat. Sehari kemudian, Firoz berbohong kepada anaknya dan mendakwa bayi terbabit meninggal dunia.

Pada 12 April, beberapa orang dilaporkan datang ke rumah Noora dan menyerahkan bayaran Rs45,000 kepada Firoz dan lelaki itu meninggalkan rumahnya.

Bagaimanapun, Noora mengesyaki sesuatu apabila Firoz tiba-tiba memiliki wang yang banyak dan dia membuat aduan kepada polis mendakwa anaknya hilang.
FotoNoora mencium anaknya yang baru berusia 10 hari selepas dia diselamatkan daripada sindiket penjualan bayi.
Pihak berkuasa kemudian berjaya mengesan Firoz di bandar Saharanpur di Uttar Pradesh.

Jurucakap polis berkata, ketika disoal siasat, Firoz akhirnya mendedahkan rancangan jahat berkenaan.
Katanya, polis kemudian bergegas ke hospital tempat Sunita berkerja dan berjaya menemui bayi terbabit. 

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...