Zhou
Yan, 17, yang dibakar di dalam bilik tidurnya oleh Tao Rukun pada
September tahun lalu menanggung derita akibat kesan terbakar itu
terutamanya di sekitar kepala, leher dan dada.
Yan
terpaksa menerima rawatan rapi selama beberapa bulan di hospital kerana
berada dalam keadaan kritikal tetapi dibenarkan pulang setelah keadaan
dirinya kembali stabil.
Menurut
ibu Yan, Li Chong, perkara yang menyebabkan anaknya menerima derita itu
selepas Rukun mempelawa anak gadisnya itu menjadi teman wanitanya
tetapi ditolak mentah-mentah kerana mereka berdua masih belajar selain
Yan langsung tidak mempunyai perasaan kepada Rukun.
Selepas
mendengar cerita dari Yan, Chong bertindak memindahkan anaknya ke
sekolah menengah rendah yang lain untuk mengelak dari bertemu dengan
Rukun tetapi usaha itu ternyata tidak berhasil.
Selain
itu, disebabkan kejadian itu berlaku, hubungan yang baik terjalin
antara keluarga Yan dan Rukun juga turut terjejas di mana keluarga Rukun
enggan bertanggungjawab di atas perlakuan anak lelaki mereka.
“Ibu
bapa Rukun sangat baik dan sentiasa mengikuti perkembangan Yan sewaktu
dia berada dalam hospital tetapi itu semua berubah apabila ibu Rukun
memaksa saya menandatangan satu borang rayuan ikat jamin anaknya supaya
tidak ditahan dan dibicarakan,” kata Chong yang dipetik dari laporan
berita Daily Chilli.
Selepas
permintaan itu ditolak oleh Chong, ibu bapa Rukun terus enggan
bertanggungjawab dan tidak membantu membayar bil-bil rawatan
selanjutnya
Kesan
daripada itu, Yan terpaksa dibawa pulang ke rumah
apabila keluarganya tidak dapat menyelesaikan tunggakan bayaran bil
rawatan gadis itu
Yan, gadis yang dulunya ceria tetapi berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka mengurungkan diri kecewa setelah janji kosong dari ibu dan bapa Rukun untuk membiayai pembedahan plastik bagi membetulkan rupanya tidak ditunaikan.
Yan, gadis yang dulunya ceria tetapi berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka mengurungkan diri kecewa setelah janji kosong dari ibu dan bapa Rukun untuk membiayai pembedahan plastik bagi membetulkan rupanya tidak ditunaikan.
Tetapi,
nasib keluarga malang itu terbela apabila kisah gadis malang itu
mendapat liputan meluas di negara tersebut setelah Chong menyiarkan
kisah mereka ke dalam sebuah akhbar tempatan, Sina Weibo.
Ekoran
dari itu, seorang peguam, Li Zhixian ditugaskan untuk membantu membela
nasib keluarga malang itu selain mendapatkan tuntutan yang sepatutnya
mereka terima.
Menurut
peguam yang mewakili Yan, Rukun berkemungkinan menghadapi hukuman
penjara sekurang-kurangnya 10 tahun atau pun hukuman mati kerana
melakukan jenayah bunuh dengan niat sengaja.
Tao
Rukun telah ditangkap oleh polis Hefei pada 18 September, sehari
selepas serangan itu, dan ditahan di Pusat Tahanan Pertama di Hefei.
Bapa
Rukun kemudiannya menghantar surat memohon maaf kepada akhbar yang sama
dan berkata beliau akan melakukan segala perkara yang boleh bagi
membantu Yan dan akan menerima penghakiman undang-undang ke atas
anaknya.
No comments:
Post a Comment