Top Blogs

Friday, March 8, 2013

Home » » Gmpar jumpa bangkai ikan paus

Gmpar jumpa bangkai ikan paus

SUNGAI PETANI -
 Pengunjung Pantai Merdeka gempar apabila menemui bangkai seekor ikan paus di pesisiran pantai itu kira-kira jam 7 malam
. Ikan dianggarkan seberat satu tan dan berukuran kira-kira lima meter itu dipercayai tersasar dari Lautan Hindi dan memasuki ke kawasan Laut Andaman sebelum sesat dan terperangkap di Selat Melaka.

Difahamkan, sebelum itu, ikan berkenaan dilihat terapung sekitar jam 4 petang oleh nelayan dan terdampar kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Nelayan yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia ternampak satu objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai berkenaan.

Bagaimanapun, apabila objek itu dihampiri, dia terkejut setelah mendapatinya seekor ikan  yang besar dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Saya dapati ikan paus itu telah pun mati,” katanya.

Ini merupakan kejadian ketiga bangkai haiwan marin terdampar di kawasan tersebut selepas tsunami pada 26 Disember 2004.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...