Top Blogs

Friday, March 8, 2013

Home » » Eddy bekelakuan Aneh

Eddy bekelakuan Aneh

KUANTAN - 
“Dia nampak pucat dan gelisah ketika menghadiri taklimat pagi tadi. Dia juga merungut taklimat agak lama seolah-olah tidak sabar untuk kembali ke tempat kerja,
” kata Zukma Yahya, 28 rakan serumah mangsa kemalangan, Mohd Junaidy Zakaria, 24 yang maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah Perodua Kancil.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 19, Jalan Kuantan-Kemaman dekat Seberang  Balok , kira-kira jam 9.45  pagi .

Zukma berkata, selepas taklimat  selesai, dia dan seorang rakan terus beredar menaiki kereta manakala mangsa lebih mesra dipanggil Eddy  menyusuli dengan menunggang motosikal.

“Saya pelik juga bila dia sering tengok jam dan merungut nak keluar cepat sedangkan dia jarang bersikap demikian sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, Eddy  yang berasal dari Marang Terengganu  baru sebulan lebih tinggal bersama mereka di sebuah rumah sewa di Perumahan Balok Makmur.

“Semalam (kelmarin) dia cuti dan sempat balik kampung untuk menerima wang BR1M.

“Saya ada cadangkan supaya dia wakilkan kepada  keluarga untuk menerima wang tersebut tapi dia berkeras hendak balik kampung dengan menunggang motosikal walaupun dalam keadaan cuaca hujan,” katanya.

Dia berkata, mangsa kembali dan sampai ke rumah sewa kira-kira jam 12 tengah malam dan  pergi bekerja seperti biasa semalam (kelmarin).

“Saya mendapat tahu kemalangan menimpa mangsa daripada seorang rakan  yang  kebetulan  terserempak dengan kejadian itu dalam perjalanan kembali ke tempat kerja.

“Ketika saya tiba di tempat kejadian  saya dapati dia sudah terbaring kaku dibalut kain putih setelah mayatnya  dikeluarkan dari bahagian bawah kereta itu,” katanya.

Zukma berkata, mujurlah ada rakan karib arwah ternampak kejadian itu dan sempat mengajarnya  mengucap sebelum disahkan meninggal dunia.

Kemalangan yang menimpa pekerja  sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng itu turut disaksikan pelumba dan petugas Le Tour De Langkawi  (LTDL) 2013 yang kebetulan melalui laluan tersebut semalam.

Bagaimanapun kemalangan itu tidak mengganggu kelancaran perlumbaan sebaliknya keadaan berjaya dikawal dengan bantuan  pihak polis.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...