KUALA LUMPUR –
Satu sindiket kini berleluasa menipu pengguna dengan menjual
lencana pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang
didakwa memudahkan pemiliknya melepasi sekatan jalan raya meskipun melanggar
undang-undang....
Pihak terbabit juga mendakwa mereka merupakan ejen yang diberi kuasa untuk
menjual lencana pelbagai agensi penguat kuasa lengkap dengan kad keahlian kepada
orang awam yang ingin memilikinya.
Tinjauan Kosmo! mendapati lencana tersebut dijual secara online atau di
lokasi tertentu di Lembah Klang oleh ejen-ejen tidak bertauliah.
Ejen-ejen tersebut mempamerkan pelbagai lencana termasuk lencana Polis dan
Tentera (Poltera), lencana Kelab Bekas Polis Selangor, lambang rasmi Pingat Jasa
Kebaktian P.J.K, lambang Jaksa Pendamai J.K dan lencana persatuan datuk-datuk
dari beberapa negeri, lencana lambang kerajaan negeri, lencana Majlis Peguam
serta lencana Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
harga setiap lencana itu ditawar serendah RM150 hingga RM2,000 bergantung
kepada pakej ditawarkan.
Lencana berkaitan persatuan polis merupakan lencana paling mahal dan mendapat
banyak permintaan.
Bagi lencana bekas polis, pakej jualannya termasuk kad pengenalan diri yang
memaparkan nama pembeli, nombor kad pengenalan dan nombor siri keahlian bekas
anggota polis.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment