Top Blogs

Friday, March 8, 2013

Home » » Amah maut akibat kbuluran

Amah maut akibat kbuluran

GEORGETOWN -
 Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor memberitahu Mahkamah Tinggi  bahawa seorang amah warga Kemboja maut disebabkan kebuluran.
Zahari merupakan saksi pertama daripada tujuh saksi pihak pendakwaan berkata, indeks jisim tubuh si mati sangat rendah iaitu 11.9, satu angka jauh lebih rendah daripada tahap minimum yang tergolong dalam 16 kategori paling rendah.

“Selain indeks jisim tubuh, laporan bedah siasat menunjukkan si mati mengalami 29 kecederaan, kebanyakan baru termasuk kesan pelbagai cakaran, lebam berpanjangan yang dipercayai akibat objek tumpul yang panjang seperti rotan atau getah paip.

Dipercayai si mati juga tidak diberi makanan, didera dan diabaikan.

“Lapisan abdomen si mati didapati terlalu nipis dan ototnya hampir tidak ada lapisan lemak menyebabkan usus dan perutnya hampir melekat,
 berdasarkan laporan bedah siasat pada April tahun lalu ke atas si mati, Mey Sichan, 24, mendapati berat badan si mati hanya 26.1 kilogram dengan ketinggian 148 sentimenter.

“Si mati juga dilaporkan mempunyai tanda-tanda di hidrasi atau kehilangan cairan tubuh dalam jumlah banyak,
Sumberhttp://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...