BALING
Mengendalikan jentolak memang perkara biasa, tetapi amat
mustahil sekiranya ia dikendalikan seorang kanak-kanak yang baru berusia
dua tahun.
Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.
Kelebihan Adam disedari setelah dia menangis hanya kerana ingin mengendalikan jentolak tersebut.
Amran berkata, pada mulanya dia tidak membenarkannya kerana tidak mempercayai anaknya itu mampu mengendalikan jentolak itu.
“Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.
“Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,
Ditanya bagaimana anaknya itu mampu mengendalikan jentera berat itu, Amran berkata, anaknya itu sering berada di kawasan kuari itu selain turut diajar oleh salah seorang pekerjanya.
“Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini. Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.
Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.
“Adam pantang tengak kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.
“Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,
Sumber”
No comments:
Post a Comment