Top Blogs

Wednesday, February 27, 2013

Home » » Rejim Bashar sedia runding

Rejim Bashar sedia runding

 MOSCOW - 
Menteri Luar Syria, Walid al-Moualem menyatakan semalam bahawa Damsyik telah bersedia untuk berbincang dengan kumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad,
lapor agensi berita Rusia, Itar-Tass.
"Kami bersedia untuk berdialog dengan sesiapa sahaja yang mahu melakukannya walaupun dengan mereka yang mempunyai senjata pada tangan.
"Ia adalah kerana kami percaya bahawa perubahan tidak akan menjadi kenyataan dengan pertumpahan darah tetapi hanya melalui dialog," kata Walid sebelum berbincang dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Moscow.
Namun, agensi berita Itar-Tass tidak melaporkan sebarang komen lanjut daripada menteri itu tentang harapannya berhubung perbincangan tersebut.
Beliau tidak menjelaskan sama ada pemerintah Syria mempunyai sebarang cadangan untuk memulakan dialog berkenaan.
"Apa yang berlaku di Syria ialah satu peperangan menentang keganasan.
"Kami akan berpegang kuat kepada matlamat keamanan dan terus berjuang menentang keganasan," katanya.
Pertumpahan darah antara kumpulan penentang dengan tentera Bashar bermula pada Mac 2011.
Lebih 70,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Pertempuran itu berlaku disebabkan kebangkitan penduduk di Tunisia, Libya dan Mesir.
Para penentang itu mahu Bashar meletakkan jawatan kerana didakwa gagal untuk membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan kebebasan bersuara.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...