SEOUL -
Penyanyi rap terkenal, Psy membuat persembahan tarian kuda
pada majlis mengangkat sumpah Presiden wanita pertama Korea Selatan, Park Geun-hye .
Psy membuat persembahan tersebut di depan bangunan Perhimpunan Kebangsaan sebelum angkat sumpah itu berlangsung.
Penyanyi tersebut yang terkenal dengan muzik video Oppa Gangnam Style meminta para tetamu untuk turut menari bersamanya.
"Saya mengetahui ini merupakan majlis yang formal. Bagaimanapun, jika anda boleh bangun dan menyertai saya menari tarian kuda, ia akan menjadi hebat," kata Psy.
Psy menari tarian kuda bersama beberapa penarinya.
Ketika bercakap tentang kemenangan Geun-hye dalam pilihan raya Presiden, Psy berkata, pada tahun lalu Gangnam Style membolehkannya menunjukkan sesuatu yang ajaib.
"Sebagai warga Korea Selatan, saya dengan jujurnya berharap bahawa bermulanya era pentadbiran baharu, setiap orang akan mempunyai keajaiban dan tuah mereka sendiri," kata Psy.
Majlis angkat sumpah itu dihadiri kira-kira 70,000 orang.
Geun-hye, 61, merupakan anak bekas Presiden Korea Selatan, Park Chung-hee. Beliau memenangi pilihan raya Presiden yang diadakan pada 20 Disember tahun lalu.
Geun-hye mengangkat sumpah kurang dua minggu selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiga.
Geun-hye meminta pemerintah Korea Utara yang diperintah komunis supaya menamatkan cita-cita negara itu untuk memiliki senjata nuklear.
Sumber








No comments:
Post a Comment