Top Blogs

Sunday, December 2, 2012

Home » » Wang durian runtuh hangus

Wang durian runtuh hangus

image (7)

JENGKA 2 -

Sepasang suami isteri warga emas tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di sini, hangus dalam kejadian kebakaran, jam 5 petang kelmarin.

Semasa kejadian, pasangan terbabit, Maidin Molok, 70, dan Sanah Baba, 65, tiada di rumah kerana menghadiri kenduri di rumah salah seorang peneroka berdekatan.
Maidin berkata, dia dan isteri dimaklumkan jiran bahawa rumah mereka terbakar dan terus bergegas pulang, namun gagal menyelamatkan apa-apa barang penting kerana api sudah marak.
“Wang durian runtuh fasa ketiga yang diterima baru-baru ini turut hangus dalam kebakaran itu.
“Saya reda dengan kejadian ini dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.
Maidin menganggarkan kerugian yang dialami akibat kejadian itu sebanyak RM120,000.
Sinar Harian difahamkan, seorang jiran Maidin yang sedang menebang pokok jambu terhidu bau hangus sebelum ternampak asap keluar dari tingkap rumah mangsa. Maidin berkata, jirannya sempat menyelamatkan kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal miliknya yang diangkat beramai-ramai.
Dalam pada itu, Maidin dan isteri menerima sumbangan daripada Felda sebanyak RM40,000, selain Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menggerakkan tabung untuk mengutip derma kilat bagi membantu mangsa.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat khususnya penduduk tanah rancangan ini yang banyak membantu saya sekeluarga,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang juga veteran Umno Felda Jengka 2 baru pulang dari mengerjakan haji.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba Bandar Jengka, Zainal Azmi Janinu berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Bandar Jengka dikerahkan untuk memadam kebakaran.
Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...