Top Blogs

Sunday, December 2, 2012

Home » Dua rakan karib mati lemas

Dua rakan karib mati lemas

image (6)

KUALA KRAI

- Hasrat murni seorang pelajar pondok agama untuk menyelamatkan rakan karibnya yang hanyut dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Durian petang kelmarin, berakhir tragedi

apabila kedua-duanya maut akibat kejadian itu.
Pada kejadian kira-kira 6.30 petang, pelajar Pondok Sungai Durian, Muhammad Zarrin Mohd Amin, 8, dikatakan cuba menolong Muhammad Abdul Latif Alias, 6, selepas rakannya itu tergelincir dari tebing sungai lalu dihanyutkan arus.
Kedua-dua mangsa ditemui kira-kira 15 minit kemudian selepas gerakan mencari dilakukan penduduk sebaik sahaja mendapat tahu tentang kejadian daripada adik Muhammad Zarrin, Muhammad Qiamuddin, 5, yang turut berada di tebing sungai itu.
Ketika dijumpai, Muhammad Zarrin dan Muhammad Abdul Latif dikatakan masih bernafas dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 petang.
Muhammad Qiamuddin berkata, mereka bertiga sebelum itu bermain di tebing sungai itu sebelum Muhammad Abdul Latif dan abangnya menanggalkan pakaian untuk mandi.
“Ketika bermain di tebing, (Muhammad Abdul) Latif terjatuh. (Muhammad) Zarrin cuba nak tolong Latif tetapi mereka berdua hanyut sebab waktu itu, air sungai deras,” katanya ketika ditemui di HKK, malam kelmarin.
Melihat kedua-duanya hanyut, Muhammad Qiamuddin berkata, dia terus ke rumah jiran berdekatan rumahnya di tepi pagar Pondok Sungai Durian untuk meminta tolong.
“Tidak lama selepas orang kampung datang cari dan menyelam, saya nampak mereka jumpa abang dulu dan kemudian baru jumpa Latif tidak jauh dari tempat mereka hanyut,” katanya.
Sementara itu, kesan luka pada bibir Muhammad Abdul Latif dipercayai akibat gigitan ikan buntal menyebabkan jenazah kedua-dua mangsa hanya dapat dibawa keluar dari Unit Kecemasan HKK kira-kira jam 11.30 malam.
Jenazah dua rakan karib itu disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian, awal pagi semalam, sebelum disemadikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam pondok berkenaan, jam 9.30 pagi.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...