Top Blogs

Wednesday, October 3, 2012

Home » » Peniaga didakwa pukul isteri

Peniaga didakwa pukul isteri

ma_02.1

IPOH 1 Okt. -

Kontroversi membabitkan sepasang suami isteri selepas video pertengkaran mereka dimuat naik dalam YouTube baru-baru ini kembali hangat apabila kes tersebut diheret ke mahkamah..

Ahli peniagaan, Calven Chik, 26, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19, di butik milik mereka, Amanda & Co di Taman Ipoh Selatan pada pukul 4 petang, 23 Ogos lalu.

Calven mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Haslinda Raof. Di bawah seksyen tersebut, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Kamarul Abrar, manakala Calven diwakili tiga peguam, Dexter Mah Koh Leong, Hassanuddin Mohd. Yusoff dan Nur Syaira Othman.

Haslinda menetapkan 31 Oktober depan bagi sebutan semula kes tersebut.

Amanda sebelum ini menjadi perhatian selepas memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia dipukul dan ditendang oleh suaminya di YouTube sehingga menjadi bualan hangat di laman sosial di Internet.

Calven dalam satu sidang akhbar mengakui kesal dengan kejadian itu tetapi menegaskan pertengkaran itu berpunca daripada campur tangan pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...