Top Blogs

Wednesday, October 3, 2012

Home » » Halang penumpang lintas landasan

Halang penumpang lintas landasan

image (7)

BANDAR BERA -

Usianya sudah mencecah 102 tahun, namun Stesen Keretapi Triang yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1910, dengan laluan Bahau-Triang diikuti laluan Triang-Semantan pada 1 Ogos 1911 masih tidak banyak berubah meskipun….

penumpangnya bertambah dari semasa ke semasa.
Seorang penduduk, Lui Sang, 71, berkata, stesen kereta api itu wajar dinaik taraf termasuk membina pagar berdekatan landasan.
Menurutnya, ia berikutan sebahagian besar penumpang sama ada yang mahu naik atau turun di stesen itu sewenang-wenangnya menyeberangi landasan.

“Memang dari dulu lagi macam itu. Mereka seperti sudah menghafal jadual perjalanan kereta api yang melalui stesen ini.

“Jadi, tidak kira sama ada waktu siang atau malam, mereka berani menyeberangi landasan. Lagipun, ia lebih dekat untuk ke jalan utama,” katanya kepada Sinar Harian.
Lui Sang berkata, sepanjang menetap berdekatan stesen itu, belum kedengaran berlaku kes kemalangan digilis kereta api, tetapi berharap perkara itu diberi perhatian oleh pihak berkenaan.
Siti Zuriati Che Hussain, 27, berkata, Stesen Keretapi Triang kerap menjadi lokasi penggambaran pasangan pengantin, tetapi tanpa kebenaran pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Ada juga yang bergambar di landasan ini sekadar suka-suka. Memanglah cantik sebab berlatarbelakangkan stesen lama, tetapi sebenarnya boleh mengundang maut.
“Sebab itu kalau ada pagar mungkin perkara ini dapat dielakkan walaupun belum pernah lagi berlaku sebarang kes yang tidak diingini,” katanya.
Siti Zuriati berkata, pihak KTMB perlu bertindak mengubah mentaliti masyarakat atau penumpang yang sering menyeberangi landasan untuk ke stesen itu.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...