TAIPING
– Persembunyian seorang lelaki yang disyaki menembak mati
rakan setugasnya sebelum merompak wang sebanyak RM1.23 juta tidak ke
mana apabila dia akhirnya diberkas selepas lebih tujuh hari hidup
bagaikan pelarian di Thailand....
Pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang sebelum ini diburu bagi
membantu siasatan kes itu diberkas pada pukul 11 pagi kelmarin di
kawasan bukit di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis dalam keadaan letih
dan tidak bermaya kerana kebuluran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata,
sebelum ditangkap, suspek dipercayai merancang untuk melarikan diri ke
Thailand buat kali kedua melalui Perlis.
Katanya, dengan tertangkapnya suspek utama itu, pihaknya menganggap
kes seorang pemandu van keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, yang ditemui
mati dengan empat kesan tembakan di dada di Jalan Tekah-Aulong di sini
pada 18 September lalu sebagai selesai.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment