KUALA LUMPUR -
Lelaki yang menyamar sebagai penemu duga jurujual
wanita dengan tawaran gaji RM400 sehari sebelum menyamun dan merogol
mangsa ditangkap polis semalam selepas menjadi buruan...
sejak 20 September
lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual jam tangan berusia 29
tahun itu diberkas di sebuah rumah di Seksyen 27 Shah Alam pada pukul
2.30 pagi.
Menurut beliau, siasatan awal polis percaya suspek sudah terlibat
lebih tiga kes rogol dan samun di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun
lalu.
"Suspek yang menyamar sebagai penemu duga sebelum merogol dan
menyamun gadis yang dipanggil temu duga di hotel ditahan awal pagi
semalam," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kuala Lumpur.
Sinar
No comments:
Post a Comment