Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » » Penjualan telur penyu berleluasa di Bandar Sandakan

Penjualan telur penyu berleluasa di Bandar Sandakan

 
SANDAKAN -
 Biarpun diharamkan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, namun penjualan telur penyu masih berleluasa di Bandar Sandakan.....

Tinjauan Bernama mendapati penjual telur penyu melakukan aktiviti mereka secara terbuka terutama di kawasan berhampiran Pasar Am Sandakan.
Mereka menggunakan bahasa isyarat untuk menawarkan jualan telur penyu dan hanya mengeluarkan telur penyu dari plastik jika ada pembeli.
Telur penyu disimpan di dalam beg plastik berwarna hitam dan disangkutkan di dinding kaki lima premis bangunan kedai.
Katanya telur penyu itu diperoleh dari beberapa pulau di sekitar perairan Filipina yang menjadi tempat penyu bertelur terutama di kawasan berhampiran perairan Sandakan.

Menurutnya telur penyu itu diseludup masuk ke daerah ini melalui Pulau Taganak Filipina, kira-kira sejam perjalanan menaiki bot dari sini.
Beliau berkata sebiji telur penyu berharga RM1.20 dan jika bekalan tidak banyak, harga akan dinaikkan.
Di negeri ini, seseorang yang memiliki telur penyu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima bulan
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...