Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » » Isu longkang: Penduduk mohon tindakan segera MBI

Isu longkang: Penduduk mohon tindakan segera MBI

 
IPOH -
 Penduduk di kawasan perumahan Taman Lim (Lim Garden) khususnya di Jalan Setiawan, menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyelenggara dan membersihkan longkang di sekitar kawasan itu...
.Penduduk, S Pathma, 73 berkata, keadaan longkang terbabit, yang dipenuhi rumput menyebabkan aliran air tidak sempurna serta bertakung sehingga melimpah masuk ke dalam kawasan kediaman penduduk, menyebabkan bau kurang menyenangkan dan pembiakan nyamuk.

"Aliran air yang melimpah setiap kali hujan lebat, turut membawa sampah sarap yang mengotori halaman rumah," katanya ketika ditemui, di sini.

Viro @ Ah Nooi, 72 menyokong kenyataan Pathma dan memaklumkan, dia sentiasa menghadapi kesulitan untuk membersihkan kekotoran selepas air longkang itu memasuki kawasan kediamannya.

"Ini merupakan masalah utama penduduk taman ini dan saya harap MBI dapat bertindak segera untuk menyelesaikannya," katanya. Sementara itu, seorang lagi penduduk, G Saraswathy mendakwa masalah berkenaan telah berlarutan  lebih enam bulan dan aduan telah dibuat kepada MBI.

"Bagaimanapun, tiada tindakan hingga hari ini, sungguhpun sebelum ini pihak berkenaan berjanji untuk membersihkan longkang berkenaan. Sebagai makluman, telah terdapat kes demam denggi di sini berikutan keadaan air bertakung dalam longkang," katanya.

Seorang lagi penduduk, P Parameswari, 25 memaklumkan, anak saudaranya pernah diserang demam denggi beberapa bulan lalu dan mendakwa, keadaan longkang berkenaan telah menggalakkan pembiakan nyamuk aedes.

"Saya percaya keadaan ini berpunca daripada keadaan longkang yang tidak diselenggarakan. Selain itu, semburan pencegah denggi juga jarang dilakukan di sini
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...