Top Blogs

Thursday, August 16, 2012

Home » , » Mengemis demi sesuap nasi

Mengemis demi sesuap nasi


KULIM -
 Dalam kesejukan kira-kira jam 4 pagi, masih ada dalam kalangan penghuni di pekan Kulim menjadikan kerusi yang disediakan di taman permainan sebagai tempat mereka melelapkan mata.seorang warga emas,yang lebih 10 tahun hidup dalam gelandangan dan mencari rezeki dengan cara mengemis pada waktu siang.
 ketika muda, dia bekerja sebagai pelayan bar dan...
.kehidupannya lebih baik, bagaimanapun setelah gagal dalam bercinta, dia kecewa dan membawa dirinya balik ke Kulim dan hidup merempat.

"Saya tak ada anak dan isteri kerana tak percaya perempuan. Mereka tipu saya. Banyak duit sudah mereka ambil dan mereka tidak layan saya dengan baik selepas itu.

"Sebelum ini saya kerja di Kuala Lumpur dan ada ramai kawan. Tetapi hari ini tak ada sesiapa pun yang pedulikan saya. Saya mendapat duit dengan cara mengemis,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim, Rohana Yusuf berkata, sehingga kini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberikan bantuan kepada beberapa kutu rayau dan pengemis yang berjaya ditemui.

Katanya, JKM akan membawa mereka terlibat untuk mendapatkan rawatan di hospital sebelum menempatkan mereka di tempat perlindungan yang sempurna.

"JKM sememangnya ada memberikan bantuan kepada kutu rayau, pengemis dan sebagainya. Selain JKM, orang ramai juga boleh membantu dengan cara membawa mereka ini ke hospital dan memaklumkan kepada JKM.

Bagi pengemis atau kutu rayau yang sihat dan tidak mempunyai tempat tinggal, JKM akan menyediakan tempat pelindungan kepada mereka supaya kehidupan mereka lebih sempurna
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...