Top Blogs

Thursday, August 16, 2012

Home » , » Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera

Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera


Ipoh -
 Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera, .....

  Menurut sumber, J. Pavitra dibawa ke Klinik 1Malaysia di Bercham oleh ibunya pada pukul 5 petang semalam kerana dikatakan tidak sihat.
  
Bagaimanapun pegawai perubatan di klinik itu mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa susulan penemuan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan mangsa.
  
Sumber itu berkata hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman yang teruk terutama pada bahagian kepala,  akibat dipukul atau ditendang.
  polis mengambil keterangan ibu mangsa yang berusia 33 tahun bagi membantu siasatan.

  nenek mangsa, L. Vijaya yang ditemui di pekarangan hospital, berkata mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan sudah kematian bapa sejak dua tahun lepas.
 
 "Abangnya yang masing-masing berusia 15 dan 13 tahun tinggal di rumah anak yatim di Taiping manakala yang berusia enam tahun dibela oleh saudara sebagai anak angkat
  
Mangsa pula tinggal dengan ibunya dan teman lelaki ibunya di Kampung Tawas
  
Vijaya berkata beliau ada melihat kesan lebam dan luka pada bahagian muka cucunya pagi semalam namun diberitahu Pavitra terjatuh.
  
Mayat kanak-kanak malang itu dibawa pulang ke rumah neneknya di Taman Impiana Aidril di Menglembu untuk pengebumian.
Sumber ; Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...