Top Blogs

Sunday, July 29, 2012

Home » , » Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung

image (8)

LONDON

Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding…

Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.
"Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan," kata Presiden IJF, Marius Vizer.
Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap kesihatan atlet.
Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...