Top Blogs

Tuesday, July 24, 2012

Home » , » 'Jeritan Adib selamatkan kami'

'Jeritan Adib selamatkan kami'

image (7)

Jeritan kanak-kanak berusia empat tahun yang ternampak asap di ruang tamu rumah mengejutkan penghuninya kira-kira jam 10 malam,……

di Lorong Tunku Mohamad, Persiaran Sultan Abdul Hamid.
Suri rumah, Sharifah Intan Zaharah Syed Hamid, 43, berkata, ketika kejadian dia berada di dapur sedang menghubungi anaknya setelah pulang dari solat Tarawih.
Menurutnya, dia segera ke ruang tamu setelah mendengar jeritan anak bongsunya, Mohammad Adib Mohd Ammri dan ternampak api mula marak, namun tidak sempat membawa apa-apa barang keluar.
“Saya cuba memadamkan api di ruang tamu, namun tidak mampu, kerana api terlalu marak. Ketika itu saya hanya fikir mahu selamatkan keluarga yang lain.
“Saya mengarahkan anak saya segera keluar dan memapah ibu yang berada di bilik keluar menggunakan pintu belakang. Kejadian berlaku terlalu pantas kerana rumah dua tingkat yang disewa ibu lebih 40 tahun itu rumah kayu,” katanya.
Sharifah Intan Zaharah berkata, setelah keluar, api mula merebak di bahagian dapur menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan dokumen penting.
Sebuah motosikal Modenas dan kereta Proton Wira turut musnah dalam kejadian itu yang dianggarkan kerugian hampir RM100,000.
“Walaupun saya belum membuat sebarang persiapan perayaan, namun tetap berasa sebak kerana banyak kenangan pada bulan puasa dan hari raya di rumah ini.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...