Top Blogs

Tuesday, July 24, 2012

Home » , » Bekas banduan aktif beri ceramah

Bekas banduan aktif beri ceramah

ne_02.1

KUALA NERANG

– Bekas banduan antara yang paling lama dipenjarakan di negara ini, Jamil Ahmad, 62, sentiasa dipanggil untuk memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara………

Menurut Jamil, dia tidak pernah menolak sekiranya ada jemputan yang memintanya untuk berkongsi pengalaman hidup di dalam tirai besi kerana beliau berasa ia menjadi satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

“Saya tidak pernah berasa malu sebaliknya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan mengenai kepahitan hidup di dalam penjara kepada orang ramai terutama golongan muda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belimbing di sini semalam.

, sejak dibebaskan daripada Penjara Sungai Buluh pada 3 Oktober 2006, dia telah mendapat lebih 300 jemputan untuk memberikan ceramah motivasi kepada orang ramai terutama pelajar sekolah.

“Saya pernah ke UiTM (Universiti Teknologi Mara) Segamat dan banyak sekolah di seluruh negara termasuk di Kedah, Perlis dan Selangor untuk beri ceramah motivasi.

“Cuba bayangkan masa muda saya dihabiskan di dalam penjara iaitu sejak saya berumur 26 tahun dan dibebaskan setelah dipenjara selama 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari,” katanya dalam wajah benar-benar insaf dan bertaubat atas segala kesilapannya yang lalu.

Jamil memberitahu, dia akan terus aktif dalam program ceramah motivasi terutama kepada golongan belia bagi menyekat mereka daripada terlibat dalam gejala sosial termasuk jenayah seperti yang pernah berlaku kepadanya suatu ketika dahulu.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...