Baru-baru ini aktres jelita, Nora Danish pernah dilabel sebagai minah rempit dek kerana gaya rambutnya yang mencipta kontroversi.
Namun sepanjang minggu lepas, laman Instagram Nora dibanjiri dengan gambar-gambarnya yang nampak ayu berbaju kebaya ala-ala perempuan melayu terakhir. Senang cerita, Nora memang boleh masuk dengan apa-apa gaya sekalipun.
untuk pengetahuan semua, Nora sekarang ini sedang menjalani penggambaran satu tele-raya terbitan Astro berjudul Raya Nora Jambu yang dipercayai akan ditayangkan pada hari raya nanti.
Selain daripada Nora, Zahiril Adzim juga merupakan salah seorang pelakon di dalam Raya Nora Jambu. Mesti tele-raya ini bakal mendapat sambutan yang baik dari peminat kerana gandingan mantap dari mereka.
No comments:
Post a Comment