Top Blogs

Monday, July 8, 2013

Home » » PONDOK ROBOH JADI PORT LECAK ANAK-ANAK MUDA PABILA BULAN MENGAMBANG

PONDOK ROBOH JADI PORT LECAK ANAK-ANAK MUDA PABILA BULAN MENGAMBANG

xa9jbsgpxeaegrucdlf3_tPEKAN – Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar

di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.
Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.
Menurutnya, masalah tersebut sudah lama berlaku dan pihak pengurusan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan diambil.
“Pondok pertama roboh pada 2010 manakala sebuah lagi yang terletak berhampiran rumah penduduk telah roboh Jumaat lalu akibat ribut.
“Tapi apa yang paling kita kesali, setiap kali aduan dan gotong-royong dibuat, wakil pihak berkenaan hanya datang lihat dan ambil gambar keadaan pondok tersebut tetapi tiada tindakan sehingga ke hari ini,” katanya.
Selain itu katanya, bawah pondok roboh itu turut dijadikan tempat memadu asmara anak-anak muda yang tanpa segan silu melakukan maksiat.
“Kegiatan tidak bermoral ini sudah tentu meruntuhkan akhlak anak muda yang sepatutnya memanfaatkan masa muda mereka dengan perkara berfaedah.
“Sebab itu kita gesa pihak berkaitan supaya ambil tindakan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Permata, Ismailudin Sulaiman yang dihubungi turut mengakui keadaan itu dan mengesahkan bahawa aduan dibuat kepada Majlis Daerah Pekan (MDP).
“Sudah banyak kali kita buat aduan tetapi sampai sekarang tidak dipedulikan.
“Kita kesal dengan MDP kerana tidak prihatin dan peka tentang perkara ini walhal masalah ini sudah berlarutan hampir tiga tahun,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...