ALOR SETAR -
Tiga lelaki ditahan di sebuah bilik motel di Kompleks
Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid ketika sedang leka membungkus dadah dipercayai heroin.....
serbuan yang dilakukan anggota polis bahagian Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu merampas 386 peket lutsinar
pelbagai saiz yang berisi dadah disyaki heroin.
“Kita turut merampas empat bungkusan plastik lutsinar bersaiz besar
yang setiap satu, mengandungi 50 peket pelbagai saiz yang turut
mengandungi dadah disyaki heroin.
“Dadah yang disyaki heroin yang berada dalam cawan plastik berwarna
oren dan gelas kaca lutsinar serta bungkusan plastik lutsinar, turut
dirampas pada serbuan yang dilakukan,
jumlah rampasan sebanyak 1.2 kilogram dan dianggarkan nilai berjumlah RM27,000 hingga RM45,000.
hasil siasatan mendapati dua dari tiga lelaki itu
tidak mempunyai rekod jenayah, manakala lelaki berusia 35 mempunyai 11
rekod jenayah yang membabitkan kes dadah dan jenayah.
dadah yang dibungkus itu dipercayai akan dipasarkan di
kawasan Kuala Kedah dan Kota Setar dengan harga sekitar RM50 satu
paket.
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment