Top Blogs

Wednesday, August 8, 2012

Home » , » Patah tulang rusuk tangkap penjenayah

Patah tulang rusuk tangkap penjenayah


KULIM - 
Kecederaan dialami semasa menangkap penjenayah yang terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah tidak sedikit pun mematahkan semangat anggota polis untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.....

Koperal Azhar Abdul Aziz dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim merupakan antara 11 penerima sumbangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kerana tercedera ketika bertugas.
Ketika ditemui, Azhar berkata, kejadian berlaku tahun lalu apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kulim membuat serbuan di sebuah rumah di percayai terlibat dengan pengedaran dadah di Padang Serai.
Menurutnya, ketika serbuan, dua suspek cuba melarikan diri melalui siling rumah.
“Saya nampak suspek naik ke bahagian siling dan mengarahkan mereka supaya jangan melarikan diri. Kedua-dua suspek bersikap agresif dan cuba memecahkan atap genting. Bagaimanapun seorang suspek tersekat di atap genting. Saya kemudiannya memanjat dinding dan naik ke atas siling.
"Saya nampak seorang suspek menyorok di bahagian tepi tangki air. Saya menghampirinya lalu menggari tangan suspek sambil memegangnya. Tiba-tiba siling di mana suspek menyorok patah dan kami jatuh ke lantai. Walaupun mengalami kesakitan di bahagian dada tetapi saya masih memegang erat gari yang saya pasang di tangan suspek,
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...