KOTA TINGGI -
Pemandu kereta sewa bandar dan luar bandar di sini hanya mampu mengeluh melihat penumpang mereka ‘dikebas’ kereta sapu hingga menjejaskan pendapatan mereka……
Pemandu, T Lechumanan, 50, berkata masalah kereta sapu itu menjejaskan pengusaha pengangkutan awam yang mempunyai permit sah.
Menurutnya, kebanyakan kereta sapu ini beroperasi di sekitar bandar seperti berhampiran kawasan pasar dan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Bagaimana kami hendak dapat penumpang jika semua pelanggan mereka sudah sapu?
“Pendapatan kami terjejas. Saya yang keluar rumah seawal jam 6 pagi kadangkala sehingga tengah hari pun masih tidak dapat penumpang," katanya.
Katanya, kegiatan tersebut sudah lama wujud di daerah ini dan sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha haram yang terlibat.
“Kita berharap pihak berkuasa akan berganding bahu untuk menangani masalah ini supaya perkhidmatan pengangkutan awam di daerah ini tidak terus dicemari,” katanya ketika ditemui di Terminal Tun Seri Lanang.
Sementara itu bagi Wahid Moin, 56, turut berharap agar pihak yang berwajib dapat memantau seterusnya membantu untuk menangani masalah tersebut.
“Walaupun menghadapi saingan, kami perlu meneruskan tugas demi mencari rezeki yang halal.
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment