Top Blogs

Saturday, July 28, 2012

Home » » Kontroversi pengantin remaja

Kontroversi pengantin remaja

image (3)

PEKAN –

Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan di YouTube mengundang kontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat …..

image (4)

di negara ini. Sinar Harian sempat berkunjung ke rumah keluarga pengantin lelaki di Bandar Dara Chini, namun keluarganya bertegas tidak mahu ditemu bual ekoran tidak selesa dengan publisiti yang diperoleh secara mendadak.
Menurut sumber keluarga terdekat, video tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut.
Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu.
Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya.
Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...