Top Blogs

Saturday, July 28, 2012

Home » , » Letupan tong gas dalam empat buah rumah umpama zon perang

Letupan tong gas dalam empat buah rumah umpama zon perang

image

Keadaan salah sebuah rumah yang terlibat dalam kebakaran, petang semalam.

GOPENG –

Letupan tong gas dalam empat buah rumah menggamatkan suasana Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh,,  menyebabkan penduduknya bertempiaran lari umpama menyelamatkan diri dari zon perang…

Kejadian pada jam 3.30 petang itu telah menyebabkan lima rumah musnah dalam kebakaran dipercayai bermula dari aktiviti membakar sampah yang mana bara apinya diterbangkan angin ke arah salah sebuah rumah binaan kayu dan buluh.
Natijah daripada insiden itu, 24 penghuni kehilangan tempat tinggal, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun, Ijam Atom, melecur di lengan kanan serta celah paha.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Wah Alang Baha, 22 memaklumkan, dia hendak membasuh kain di belakang rumah ketika kejadian sebelum mendengar letupan di rumah jiran yang terus merebak ke rumahnya.
Katanya, nasibnya agak baik kerana anak bongsunya yang berusia sebulan telah dihantar ke rumah ibu saudara pada masa kejadian membolehkan dia menyelamatkan Ijam serta seorang lagi anak berusia empat tahun yang bermain di ruang tamu.
"Saya menjerit meminta tolong daripada jiran berhampiran semasa menyelamatkan diri, namun mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana api merebak dengan cepat. Suami saya pula pergi memancing ketika itu.
"Sedih apabila melihat rumah kami musnah hingga tidak tinggal sesuatu apa pun, termasuk keperluan anak-anak," katanya yang kini terpaksa menumpang di rumah saudara.
Seorang lagi mangsa, Alang Ngah, 71, masih dalam keadaan terpinga-pinga akibat kejadian, tambahan terdapat dakwaan kebakaran itu bermula dari rumahnya.
Menurut Alang, dia bersama seorang anak ke hutan mencari kayu api serta hasil hutan semasa kejadian dan tidak memasak apa-apa sebelum meninggalkan rumah.
Sementara itu, Pemangku Ketua Bomba Zon Ipoh, Mohd Shukor Fadzil berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 3.35 petang dan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Tiba di lokasi, empat daripada lima rumah telah musnah 100 peratus, manakala sebuah lagi telah 80 peratus hangus. Api dikawal pada jam 4.09 petang

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...