Top Blogs

Thursday, July 11, 2013

Home » » Siam, Monyet Gibbon Pakar Jalan Atas Tali

Siam, Monyet Gibbon Pakar Jalan Atas Tali

1234SEEKOR monyet jenis Gibbon bernama Siam yang mendiami Monkeyland di Afrika Selatan tahun lalu tetapi kini

sudah menjadi tumpuan di sanctuari monyet itu.

Siam, yang berumur 8 tahun gemar menunjukkan kemahirannya berjalan melintasi tali yang digantung 60 kaki di udara seperti pejalan kaki ngeri profesional.

Berbeza dengan rakan-rakan spesies Siam yang bergerak dengan bergayut dari pokok ke pokok, tetapi Siam lebih suka menggunakan pendekatan berbeza.

Dengan kedua-dua tangannya yang panjang digunakan untuk mengimbangi badannya, Siam begitu yakin walaupun dilihat beberapa kali hampir terjatuh.

Menurut laman web Monkeyland, monyet jenis Gibbon bergerak di dalam hutan dengan bergayut dari pokok ke pokok menggunakan kekuatan tangan mereka yang panjang dan otot bahu mereka yang kuat.

Dengan kecerdikan membuat peta minda hutan berkenaan dan merancang setiap pergerakan lebih awal, monyet Gibbon boleh bergerak laju dan adakalanya boleh melompat sejauh 10 meter dengan sekali lompat sahaja.

Siam bukanlah monyet biasa dan kemahiran dia bergerak sebegitu menjadikannya antara haiwan paling popular di Youtube.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...