Top Blogs

Thursday, July 11, 2013

Home » » Cedera diserang babi hutan

Cedera diserang babi hutan

JEMPOL, NEGERI SEMBILAN -
 Penduduk di Kampung Bayai Lama,  gempar apabila seekor babi hutan mengamuk menyebabkan
seorang warga emas cedera selepas tangan kirinya digigit haiwan itu,

Dalam kejadian itu, Saerah Hassan, 82, berjalan seorang diri ke rumah jirannya kira-kira jam 4.30 petang sebelum secara tiba-tiba seekor babi betina seberat 70 kilogram meluru ke arahnya dan menggigit serta menyeretnya beberapa meter.hingga warga emas itu cedera teruk di pergelangan tangan kirinya setelah diserang babi hutan berkenaan, malah bajunya turut terkoyak akibat digigit haiwan tersebut.
"Nenek itu tidak dapat melarikan diri atas faktor usianya dan mujur dia diselamatkan orang kampung yang melalui kawasan berkenaan..

Seorang lagi mangsa, Mohd Amin Mohd Joni, 39, berkata, dia terpaksa bertarung menyelamatkan diri hampir 30 minit apabila binatang itu bertindak mengejarnya.dalam kejadian sekitar 10.50 pagi itu, dia baru sahaja pulang dari kebun getahnya kemudian berehat di sebatang pokok kundang sambil menunggu rakannya.bila"ternampak seekor babi sedang tidur berhampiran motosikal rakan”Tetapi secara tiba-tiba bangun lalu bertindak mahu menyondol menyebabkan dia terpaksa berpusing sekeliling motosikal sebanyak tujuh kali.

"Akibat ketakutan, saya mengambil keputusan memanjat pokok kundang bagi menyelamatkan diri," katanya yang merupakan mangsa pertama sebelum Saerah.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...