Top Blogs

Wednesday, July 31, 2013

Home » » Shahrul Nasrun mengaku cintakan Adira, rancang kahwin segera

Shahrul Nasrun mengaku cintakan Adira, rancang kahwin segera

131771672_61nSebelum ini beberapa keping gambar romantik Adira dan Shahrul Nasrun sedang memilih pakaian pengantin untuk

rakan mereka telah tersebar secara meluas di laman maya.
dengan perkembangan terbaru Adira ini.
Tidak mahu peminat terus diselubungi dengan pelbagai persoalan tentang hubungan mereka berdua, Shahrul Nasrun yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia tampil membuat penjelasan menerusi portal Berita Harian. Ini bunyi pengakuan Shahrul Nasrun :-
"Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain."

"Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya."
Selain itu, Shahrul Nasrun turut menepis dakwaan kononnya berkawan dengan Adira yang berstatus selebriti bakal menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka. Menurut orang kanan Khairy Jamaluddin ini :-

"Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya."
"Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial."
"Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...