Top Blogs

Wednesday, July 10, 2013

Home » » DERA ANAK ANGKAT TUNANG SAMPAI MATI

DERA ANAK ANGKAT TUNANG SAMPAI MATI

Kes-Dera3AYER KEROH – Padah menyebabkan kematian anak angkat tunangnya

di sebuah rumah tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindahan yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Amiezul didapati menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, dan melakukan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh di sebuah rumah di Taman Seri Telok Mas, kira-kira jam 4 petang pada 1 September 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sehari selepas kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Melaka untuk diperiksa doktor sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan mengalami kesan bengkak pada dahi, selain lebam di leher, tangan, kaki serta dada.

Melalui keterangan, berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan ibu mangsa sebelum tertuduh yang hilang pertimbangan kemudian bertindak membawa mangsa ke dalam bilik lalu memukul dan menampar kanak-kanak itu.

Tertuduh turut mengambil sebotol air mineral lalu membalingnya ke arah mangsa lalu terkena di kepala sebelum dihantar ke hospital selepas badannya didapati sejuk dan lemah pernafasan.

Terdahulu, Amiezul diwakili peguam Collin Andrew meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tanggungan termasuk kedua ibu bapanya yang menghidap kencing manis.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal ketika mengendalikan kes meminta tertuduh yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah diberi hukuman berat sebagai pengajaran.

“Berdasarkan fakta kes, kecederaan mangsa disebabkan perbuatan tertuduh yang melepaskan geram. Malah, tertuduh tidak menyerah diri selepas melakukan kesalahan tersebut dan ditangkap lima bulan kemudian.

Selepas meneliti fakta kes dan mempertimbangkan rayuan dikemukakan, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula tarikh tangkapan pada 21 Mac lalu terhadap tertuduh.

Sebelum ini, Sinar Harian 8 September lalu melaporkan tertuduh bertindak mendera anak angkat teman wanitanya hingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan menemui ajal akibat kecederaan teruk organ dalaman.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...