Top Blogs

Tuesday, July 2, 2013

Home » » Kena 16 jahitan dinding runtuh

Kena 16 jahitan dinding runtuh

KUCHING – Seorang lelaki terpaksa menerima 16 jahitan di kepala selepas
dinding konkrit seberat 200 kilogram di dapur rumahnya runtuh sebelum menghempap mangsa semalam.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini berlaku ketika mangsa, Jamzi Busman, 37, sedang mengambil wuduk di dalam bilik air.
Ekoran kejadian itu, mangsa jatuh tertiarap di lantai menyebabkan kepalanya berlubang selain cedera di belakang badan dan kaki.
Pemandu itu berkata, dia tersepit kira-kira 30 minit di bawah runtuhan itu sebelum kejadian itu disedari oleh anak saudaranya yang berusia 21 tahun.
“Pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang saya tanggung.
“Saya terpaksa menahan badan daripada dihimpit terus ke lantai. Mujur anak saudara mendengar jeritan dan menarik saya keluar perlahan-lahan dari runtuhan konkrit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.
Menurut Jamzi, dia kemudian dibawa ke Hospital Umu

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...