Top Blogs

Thursday, July 25, 2013

Home » » Kekasih Hafiz Hamidun curang kahwin lelaki lain

Kekasih Hafiz Hamidun curang kahwin lelaki lain

kekasih hafiz curangBerita perpisahan antara Hafiz Hamidun dan kekasihnya yang berasal Indonesia selepas

wanita itu telah berkahwin senyap-senyap dengan lelaki lain pada April lalu amat mengejutkan.Menurut Hafiz, 29, dia dan keluarga sepatutnya berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arab pada Mac lalu ketika menunaikan umrah di Mekah. Bagaimanapun hasrat penyanyi popular ini untuk ke Mekah tidak kesampaian apabila kekasihnya memberitahu sudah dipinang orang.
"Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh. Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain."


"Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah."
Terbaru, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya
dan Hafiz terus melamar wanita itu.
"Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu. Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...