Top Blogs

Saturday, July 6, 2013

Home » » Idayu dijumpai selamat di Surabaya

Idayu dijumpai selamat di Surabaya

KUANTAN – Seorang suri rumah, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang sebelum ini didakwa dilarikan oleh empat buruh warga Indonesia pada 22 Jun lalu ditemui
dalam keadaan selamat di Surabaya, Indonesia awal pagi semalam.
Suami wanita berkenaan, Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, penemuan tersebut dimaklumkan oleh rakan bapa mertuanya yang tinggal di Jawa Timur.
“Rakan bapa mertua saya, Pak Rahman di Jawa Timur menghubungi saya pada pukul 7.30 malam (kelmarin) dan memberitahu sudah menjumpai rumah lelaki yang melarikan Nur Idayu di Dusun Besuk.
“Pak Rahman meminta beberapa kawannya menunggu di rumah tersebut sehingga lelaki itu pulang dan menangkapnya pada pukul 9 malam,” katanya.
Ujar Mohd. Riduan, lelaki tersebut bagaimanapun meninggalkan Nur Idayu di rumah saudaranya di Pasuruan, Surabaya yang terletak kira-kira empat jam perjalanan darat dari rumah Pak Rahman.
Tambahnya, Pak Rahman kemudian bergegas ke Pasuruan dan menjumpai Nur Idayu dalam keadaan selamat selain dipercayai tidak dapat mengingati dengan baik berhubung kejadian dia dilarikan.

1 comment:


  1. Saya yakin salah seorang daripada 4 pemuda yang membawa lari Nur Idayu dalam perancangan untuk mengahwini Nur Idayu, namun hajatnya terbantut, selepas Nur Idayu telahpun dijumpai.

    Perkara ini pernah berlaku ke atas kawan saya, 5 tahun yang lepas, di Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur (sebelah Taman Tun Dr. Ismail). Kawan saya tersebut mempunyai teman wanita (girlfriend) yang bekerja di One Utama (TGV Cinema). Oleh kerana tidak ada bas yang masuk ke dalam kawasan Kg. Sungai Penchala, teksi pun hanya kelihatan sekali-sekala, menyebabkan kawan saya tersebut terpaksa menghantar dan mengambil girlfriendnya ke/daripada tempat kerja. Kawan saya tersebut bekerja di Damansara Utama. Setiap hari, sebelum ke tempat kerja mereka akan singgah untuk membeli nasi dan lauk bungkus yang dijual oleh seorang makcik di warung tepi jalan di Kg. Sungai Penchala (senario biasa gerai-gerai dan warung-warung di Kg. Sungai Penchala menjual nasi, lauk dan kuih-muih).Pekerja warung tersebut pula adalah Indon seramai 3 orang.

    Pada suatu ketika kawan saya ni tidak dapat menghantar girlfriendnya ke tempat kerja kerana mempunyai urusan. Akhirnya girlfriendnya itu terpaksa pergi kerja dengan berjalan kaki yang mengambil masa 30 minit. Walaupun terpaksa berjalan kaki, namun dia tetap singgah untuk membeli makanan di warung yang biasa dia singgah, kerana itulah rutin hariannya bersama kawan saya, sebelum ke tempat kerja. Melihatkan girlfriend kawan saya tersebut yang keseorangan, salah seorang Indon tersebut mula "mengacau". Perkara ini tidak terhenti di situ sahaja, apabila salah seorang Indon tersebut sanggup pergi ke tempat kerja girlfriend kawan saya itu untuk bertemu, sehinggakan kawan saya tersebut pernah terserampak girlfriendnya makan dengan Indon tersebut di food court. Oleh kerana bimbang dengan kejadian berkenaan, kawan saya tersebut telah mengarahkan girlfriendnya bertukar tempat kerja daripada 1-Utama ke Sunway Piramid. Kawan saya tersebut juga telah menyegerakan perkahwinannya dengan girlfriendnya dengan mengikat tali pertunangan selama setahun walaupun pada perancangan asalnya dia berniat untuk mengahwini teman wanitanya itu lagi 3 tahun.

    Walaubagaimanapun, malang tidak berbau, selepas 1 tahun setengah berkahwin dan mempunyai seorang anak, Indon tersebut dapat mengesan isteri kawan saya tersebut di Sunway, dan melarikannya di kawasan perkilangan Sungai Way (dekat Bangunan Motorola lama), yang mempunyai ramai pekerja kilang Indon.Sebulan berada di Sungai Way, isteri kawan saya tersebut dilarikan ke Batu Bara, Sumatera melalui Pelabuhan Klang dan Medan. Di sana, isteri kawan saya tersebut telah dinikahkan dengan salah seorang daripada pekerja warung Indon tersebut, walaupun statusnya masih lagi isteri orang yang sah.Disebabkan kesempitan hidup di Batu Bara, isteri kawan saya tersebut mengambil keputusan melarikan diri dengan menjual gelang tangan emas milik ibu kepada "suami barunya" dan turut membawa lari bersama 2 orang anak bersama suami barunya dan pulang ke rumah ibu dan bapanya di Selayang. Dia akhirnya kembali semula ke pangkuan kawan saya, dan 2 orang anaknya hasil hubungan dengan Indon tersebut dijaga oleh kedua orang tuanya, walaupun "suaminya di Indon" beberapa kali menuntut untuk mengambil hak penjagaan ke atas 2 orang zuriat mereka hasil sekedudukan selama lebih daripada 3 tahun.

    Pernikahan isteri kawan saya dengan Indon tersebut bukan sahaja tidak sah daripada hukum syarak kerana dia masih isteri orang, malahan isteri kawan saya tersebut juga menceritakan sepanjang berada di Sg. Way, dia dilarang untuk menghubungi suaminya, ibu dan bapanya, atau adik beradiknya, malahan telefon bimbitnya dipegang oleh Indon tersebut. Dia juga dilarang daripada bekerja dan tidak dibenarkan keluar daripada rumah kongsi yang didiami bersama 6 lagi Indon, dan lain-lain pekerja kilang daripada Bangla, Myanmar dan Nepal yang bekerja disekitar Sg. Way, Sri Muda dan Shah Alam, menunggu Indon tersebut habis shif pada pukul2 pagi dan seterusnya melayan nafsu Indon tersebut.

    ReplyDelete

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...