AMPANG JAYA - Seorang kontraktor yang sedang menyelenggara sebuah
pencawang elektrik terkejut apabila menemui mayat rentung
hampir 100
peratus di tempat pembuangan sampah di Jalan Hulu Langat berdekatan
pusat menara tinjau Bukit Ampang di sini semalam.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul
10.45 pagi iaitu kira-kira lima meter dari tepi jalan selepas kontraktor
berkenaan terhidu bau asap busuk.
Difahamkan, mayat mangsa dipercayai telah dibakar pada awal pagi ekoran api masih menyala ketika ditemui.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi
berkata, ketika ditemui, mayat itu hanya tinggal sedikit kulit di kepala
dan pangkal lengan.
"Kita masih belum dapat memastikan jantinanya. Mayat itu dibakar
bersama tayar ekoran terdapat baki bahan getah itu di bawah badan
mangsa,"
No comments:
Post a Comment