Top Blogs

Sunday, July 14, 2013

Home » » Datuk Bandar Dorset Berumur 4 Tahun

Datuk Bandar Dorset Berumur 4 Tahun

MayorDorset01-565x722Ahli politik kerap disindir kerana memiliki perangai seperti kanak-kanak, tetapi untuk sebuah bandar kecil di Amerika Syarikat ahli politiknya memang kanak-kanak.

Datuk Bandar Dorset, Minnestora ialah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dan belum pun mula bersekolah serta menyukai memancing dan ais krim.

Namanya Robert “Bobby” Tufts memenangi Pilihan Raya tahun lalu ketika berusia tiga tahun untuk menjadi Datuk Bandar sebuah bandar kecil dengan penduduknya hanya berjumlah 28 orang.

Setiap tahun, bandar itu memilih satu nama sebagai sebahagian acara Festival Merasa Makanan Dorset dan pemenang pengundian itu akan menjadi Datuk Bandar.

Jika terlihat kelibat Bobby berjalan keliling bandarnya dengan topi fedoranya, biasanya orang ramai akan memanggil beliau “Mr Mayor”.

Bobby melihat untuk mempertahankan jawatannya bulan depan dah sudah pun mendapat sokongan Ketua Polis Dorset.

“Dia semestinya seorang Datuk Bandar yang comel,” kata Sheriff Cory Aukes

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...