Drama bersiri Teduhan Kasih pernah mencatat 3.2 juta penonton sejak ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei lalu
.Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, ia
merupakan antara karya yang mendapat sambutan baik berbanding
drama-drama lain menerusi slot berkenaan.
"Drama ini mendapat sambutan sangat baik sehingga dia menjadi drama
nombor satu menerima catatan tertinggi. Purata tontonannya adalah 2.7
juta dan pada suatu ketika ia pernah mencatat sehingga 3.2 juta orang.
"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton setia
drama ini, TV3 mengadakan tayangan eksklusif episod akhir bersama
pelakon-pelakonnya," kata beliau pada sidang media tayangan eksklusif
episod akhir drama itu di Restoran Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini
petang Selasa.
Dianggarkan kira-kira dua ribu penonton hadir bagi menyaksikan episod kemuncak itu.
Slot Akasia bersiaran dari hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam.
Sementara itu, pelakon utamanya Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang mengalak untuk drama tersebut.
"Saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang
menggalakkan sehingga nama saya juga kini lebih dikenali sebagai Ehsan
berbanding Adi Putra.
"Bagaimanapun, bukan kerana saya sahaja tetapi pelakon-pelakon lain
juga berlakon dengan baik dan mampu menarik perhatian penonton,"
ujarnya.
Selain Adi Putera, antara barisan pelakon yang hadir bersama-sama
menyaksikan episod terakhir itu ialah Sherry Ibrahim, Nabila Huda,
Zarina Zainuddin, dan Shah Iskandar.
Pada majlis tersebut juga penonton diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon.
Drama 28 episod yang diangkat daripada naskhah novel Teduhan Kasih
ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ehsan lakonan Adi
Putra yang berkahwin dengan wanita bernama Iffa (Sherry Ibrahim).
Pelbagai rintangan dilalui pasangan ini demi mengekalkan kehidupan
rumah tangga biarpun sering diganggu oleh Ayu (Nabila Huda).Sementara
itu drama Demi Dia arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh Zoey Rahman serta Elfira Loy akan mengambil alih slot berkenaan bermula Rabu.
No comments:
Post a Comment