Top Blogs

Wednesday, July 3, 2013

Home » » Kereta Terbakar, Pintu Terkunci Tiba-tiba!

Kereta Terbakar, Pintu Terkunci Tiba-tiba!

Kereta-TerbakarBATU 48 – Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki tiba-tiba berasap sebelum terbakar.

Lebih mencemaskan apabila mereka terperangkap beberapa minit dalam kenderaan terbabit setelah empat pintu kereta tiba-tiba terkunci dari dalam.

Bagaimanapun tindakan pantas pemandunya yang berjaya menurunkan cermin tingkap berjaya menyelamatkan isteri, anak serta adik iparnya daripada menjadi mangsa kebakaran.

Kejadian kira-kira jam 2 petang semalam itu dipercayai berlaku ketika Mohd Azwan Mohd Tarmizi, 27 bersama isteri, seorang anak serta seorang saudaranya, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pulau Serai selepas menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan berdekatan.

Menurut Mohd Hazwan, sebaik sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba keluar asap melalui saluran pendingin hawa menyebabkan dia bertindak menghentikan kenderaannya.

“Selepas asap keluar melalui pendingin hawa, tiba-tiba keluar asap di bahagian bonet hadapan.

“Kami cuba keluar untuk menyelamatkan diri, namun pintu secara tiba-tiba terkunci, nasib baik saya berjaya menurunkan tingkap, jika tidak kami sekeluarga pasti rentung,” kata Hazwan yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Sains Dungun.

Isteri Hazwan, Nurzurina Zulkifli, 30, menceritakan, ketika kejadian, dia hanya ingat mati.

Anak Nurzurina, Mohd Adib, 2, Rukiah Semai, 19, serta bayinya, Mohd Zulhilmi, 10 bulan, yang turut berada dalam kenderaan tersebut terselamat.

Pihak bomba mengambil masa setengah jam bagi memadamkan kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala dungun, Nor Azizi Che Noh mengesahkan kejadian dan kes kebakaran itu masih dalam siasatan pihaknya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...