Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia iaitu Ainan
Tasneem bertegas untuk tidak bergambar secara berdua-duaan dengan artis
lelaki
termasuklah untuk sesi fotografi media.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 21, berkata,
keputusan itu dibuat bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah selain
ingin menjaga nama baik keluarganya.
"Saya bertekad untuk tampil bersih dan tidak mahu menimbulkan
sebarang kontroversi termasuk bergambar dengan artis lelaki kecuali
secara beramai-ramai.
"Keputusan itu dibuat bagi menghargai kepercayaan dan kebebasan yang
diberikan oleh keluarga untuk saya bergiat aktif dalam bidang nyanyian,"
katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul
Aku Suka Dia di Hotel Royal di sini, Selasa.
Album yang mengandungi lima buah lagu itu diterbitkan oleh syarikat MVM Productions.
Ainan berkata, album yang dilancarkan itu bagi memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya tentang perkara itu kepadanya.
Jelasnya, walaupun hanya memuatkan lima buah lagu dia akan tampil
dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan
genre muzik untuk pendengar.
Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.
Dalam perkembangan sama, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd
Sagir yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pada mulanya dia
keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam
bidang nyanyian.
Ini kerana katanya dia lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang
Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.
"Lama saya mengambil masa untuk memberi keputusan namun melihat
kepada penerimaan peminat dan yakin dia dapat menjadi contoh kepada
remaja yang lain, saya benarkan.
"Pun begitu saya meletakkan beberapa syarat seperti menjaga maruah
diri, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan
asal untuk bergelar penyanyi," jelasnya.
Tambah Ridzuan, sejak di bangku sekolah rendah lagi anaknya itu
memang gemar menyanyi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian di
peringkat sekolah dan neger
No comments:
Post a Comment