KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli mengakui masih belum bersedia
dan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasihnya iaitu
aktres Intan Ladyana.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, bagaimanapun
berkata, itu bukan bererti dia tidak serius dalam hubungan tersebut
sebaliknya mengakui masih banyak perkara perlu dilaksanakan sebelum
melangkah ke alam rumah tangga.
"Saya belum mendapat 'seru' lagi untuk berkahwin dan sementara itu
saya sedang melengkapkan diri untuk ke arah tersebut," katanya ketika
ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Terbaharu Gaya Metropolitan Alfio
Raldo di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.
Kamal dan Intan turut dijemput untuk menjayakan pertunjukan fesyen dengan mengayakan koleksi jam tangan terbaharu jenama itu.
Dalam perkembangan sama, Kamal berkata dia takut untuk berkahwin
selepas melihat beberapa kenalan artis yang gagal mempertahankan rumah
tangga mereka.
Oleh sebab itu kata Kamal, dia mahu mempersiapkan diri dengan ilmu
berumah tangga selain menyediakan kelengkapan untuk bakal isterinya
supaya tidak timbul masalah selepas berkahwin.
"Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana ingin puaskan hati orang lain
tetapi hanya bila saya dan Intan benar-benar bersedia yang akhirnya
akan menghancurkan kami.
"Banyak perkara yang sedang saya fahami dan pelajari sekarang ini
dalam mempersiapkan diri. Insya-Allah tiba jodoh pasti kami akan
bersatu," jelasnya.
Sementara itu, Intan atau nama sebenarnya Nurladyana Mohamat Yahya,
31, berkata, sebagai seorang perempuan dia meletakkan soal tersebut
kepada pihak lelaki untuk membuat keputusan dan tidak mempunyai masalah
dengan pendirian teman lelakinya itu.
"Soal ini saya tidak boleh nak kata lebih-lebih kerana tidak manis
namun hubungan kami berjalan dengan baik dan kami saling mempercayai,
No comments:
Post a Comment