Top Blogs

Friday, May 3, 2013

Home » » Jackie Chan kecewa dengan kebolehan anaknya

Jackie Chan kecewa dengan kebolehan anaknya

Nampaknya aktor lagenda dan superstar filem Hong Kong, Jackie Chan cukup teruja dengan hasil bentuk badan Jay Chou hingga
dia mahukan bintang Taiwan itu menggantikan tempatnya dalam filem seni mempertahankan diri iaitu Kungfu.

Sepertimana yang dilaporkan laman web Groove Asia, ketika itu bercakap dengan pihak media sempena Beijing International Film Festival, Jackie Chan turut memuji kebolehan Jay Chou mengarah filem dan berharap agar penyanyi yang kini menjadi pengarah itu akan dapat menghasilkan lebih banyak lagi filem berbentuk seni mempertahankan diri pada masa akan datang.

"Semakin saya dimamah usia, saya mendapati bahawa Siu Fong (Jaycee Chan) begitu mengecewakan. Jadi, saya kira saya akan serahkan legasi filem Kungfu kepada Jay dan bukannya dia," katanya.

Sementara itu, Jay Chou pula memberitahu bahawa minatnya mual timbul dalam bidang pengarahan adalah kerana dia mahu cuba mengawal orang lain yang bekerja di bawah produksinya.

Namun, pengarah Rooftop ini bagaimanapun menyatakan dia tidak akan sekali-kali berani mengawal Jacki Chan seandainya aktor lagenda itu membintangi filemnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...