Top Blogs

Saturday, May 25, 2013

Home » » Cinta Leonardo DiCaprio Ditolak Cara Delevingne

Cinta Leonardo DiCaprio Ditolak Cara Delevingne

PESONA Leonardo DiCaprio tentunya mampu membuat semua wanita melutut kepadanya, namun tidak buat model Cara Delevigne.

Menurut laporan portal Digital Spy, wanita berusia 20 tahun itu tidak melayan bintang Titanic tersebut pada Festival Filem Cannes pada Khamis lalu sedangkan Leo sudah merancang pelbagai cara untuk cuba merapatinya.
"Biasanya apabila Leo memandang mana-mana wanita dan cuba untuk mengorat, pasti wanita itu akan tunduk kepadanya.
 
Leonardo DiCaprio
"Tetapi hal ini tidak berlaku pada Cara. Leo menghabiskan sepanjang malam mengejarnya, namun tiada hasil," kata sumber.
Difahamkan, Cara enggan melayani Leo kerana lelaki berusia 39 tahun itu dianggap terlalu tua buatnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...