Top Blogs

Friday, April 12, 2013

Home » » Wanita Separuh Bogel Sorok Dalam Almari

Wanita Separuh Bogel Sorok Dalam Almari

Seorang wanita berpakaian separuh bogel ditemui sedang menyorok dalam sebuah almari pakaian sebuah bilik
unit pangsapuri di Jalan Pasar Baru Pudu, di sini, kelmarin.

Tindakan wanita berusia 30-an yang hanya memakai coli dan seluar dalam menyorok disebabkan takut dengan kehadiran pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya yang menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin.

Difahamkan, wanita warga China disyaki pelacur itu berjaya diberkas bersama 24 lagi warga asing lain sekitar lokasi serbuan berkenaan.




Malah, seorang lelaki warga asing yang dipercayai berang dengan serbuan pihak berkuasa itu cuba bertindak menghalang pihak berkenaan melaksanakan tugas dengan menumbuk seorang pegawai imigresen sebelum dia turut ditahan.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya Abdul Malik Bujang berkata, serbuan itu berikutan aduan orang awam mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.


“Serbuan dengan kekuatan 38 pegawai dan anggota bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu berjaya menahan 24 pendatang asing tanpa izin masing-masing 22 wanita dan dua lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun.


“Daripada jumlah itu, 22 wanita warga China, empat Myanmar dan seorang Indonesia manakala masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar,” katanya ketika ditemui sebaik tamat operasi, kelmarin.

Menurutnya, wanita yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti tidak bermotal termasuk pelacuran.


“Sebelum menyerbu kawasan itu, kita sudah melakukan risikan selama tiga bulan
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...