Top Blogs

Wednesday, April 10, 2013

Home » » Wanita ini ketagih kuku panjang!

Wanita ini ketagih kuku panjang!

Seorang wanita yang ketagih membiarkan kuku jari tangannya panjang,
kini mempunyai kuku jari kaki yang panjang sehingga 10 sentimeter, menyebabkan pergerakannya terhad dan menjejaskan kesihatannya.

Wanita yang dikenali sebagai Ayanna, 54, adalah karektor aneh terbaru yang muncul dalam rancangan TLC, ‘My Strange Addiction’ (Ketagihan Ganjil Saya).
Menerusi rancangan itu, Ayanna berkata, dia enggan memotong kuku itu dan menyifatkannya sebagai bayinya.

“Ia seksi dan nakal. Saya dianggap Dewi kuku panjang,” kata Ayanna dalam rancangan gaya hidup itu, sekali gus mengejutkan anak pembaptisannya, Kuwait dan rakan, Vincent.

Dia baru-baru ini disahkan menghidap penyakit kencing manis yang memerlukan dia melakukan senaman untuk mengatasinya.

Namun, peminat kuku terlampau itu tidak mempedulikannya. Keluarganya berkata, dia akan mempertahankan kukunya dengan apa cara sekalipun.

Ayanna yang terpaksa berjalan perlahan dengan mengunnakan tumit seperti penguin serta memanjat tangga dengan mengiring, jarang tidur melentang kerana selimut dirasakan seperti batu bata yang menghempap kuku kakinya.

Lebih buruk lagi, dia tidak boleh memakai stokin atau kasut lain kecuali selipar.
Ayanna tidak memotong kuku tangannya sejak berusia 24 tahun. Tetapi tahun lalu, ketagihannya itu merebak pada kaki.

Kuku jari kakinya yang terpanjang berukuran 10 sentimeter sementara yang terpendek, lima sentimeter. Kecewa dengan ketidaupayaan rakannya untuk bermain dengan cucunya serta 

kedegilannya untuk mengawal penyakit kencing manisnya, Vincent membawa Ayanna ke kelas tarian dalam usaha untuk menunjukkan tahap dia telah melumpuhkan dirinya.

Tetapi nenek itu menarik diri selepas sesi pertama kerana bimbang Vincent akan terpijak kukunya.

Tanpa putus asa, Vincent berusaha sekali lagi untuk meyakinkan Ayanna supaya mengubah gaya 

hidupnya. Dia memujuk wanita itu memotong kukunya itu. Bagaimanapaun, Ayanna menjawab: “Ia adalah 50 peratus daripada saya. Saya sudah pasti tidak akan memotongnya.

1 comment:


  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...